Skip to main content

I HAVE MY GOALS

I have my goals !

Aku tutup pintu hati untuk orang lain.. Satu kerajaan hanya boleh memiliki seorang raja, bukan dua, bukan tiga.. Taqdir menemukan kita.. Langkah seterusnya merupakan pilihan yang perlu diambil.. Lillahi Ta'ala tak pernah terlintas untuk mencari pasangan lantaran banyak kali dikecewakan.. Ya banyak sangat.. Sampai satu tahap rasa give up dan berharap agar dikekalkan perasaan itu terhadap golongan bernama Adam..

Direnung kembali perancangan "couple" itu merupakan satu langkah yang salah.. Allah cipta manusia, haiwan secara berpasang-pasangan.. Kalau mampu kahwin, kahwin.. Kalau tak mampu tahan diri dengan puasa.. Kenapa perlu berpuasa semata-mata belum mampu untuk kahwin ?

Puasa itu ertinya menahan diri.. Bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja, malah menahan diri dari melakukan perkara kejahatan, maksiat dan segala bentuk kemungkaran.. Puasa itu ada etikanya..

Puasa kalau tetap bermaksiat kena check balik hati, check balik hubungan dengan Allah.. Maksiat itu bukanlah semestinya dalam keadaan berkhalwat lelaki dan wanita di tempat yang tiada manusia nampak tapi Allah nampak.. 😏..

Memandang pada yang berlainan jantina dengan pandangan takjub atas kecantikan, bentuk tubuh badan, menghayati segenap lukisan yang terukir ibarat menikmati pemandangan indah di dunia.. Mendengar dan menghayati merdu suaranya seperti beliau sedang melantunkan bait-bait syair..

Membayangkan ilustrasi konon digandingkan sebagai pasangan yang sepadan sehingga menjadikan setiap angan-angan berbentuk sebuah khayalan itu menerjah bebas di ruangan minda bawah sedar hingga tiada batasan.. Perkara ini yang dinamakan sebagai mendekati maksiat..

Logiknya bila berpuasa kerana Allah akan menjadikan seseorang individu itu lebih merendah diri dan matang dalam menghadapi setiap dugaan melalui ranjau kehidupannya..

Kesimpulannya, tidaklah aku jatuh cinta pada seseorang insan pada saat ini kerana keinginan nafsu semata.. Mohon Allah lindungi diri ini dari berbuat perkara yang terlarang.. Jika dia benar jodohku, Allah akan memberi jalan.. Adapun keinginanku ini adalah untuk menjaga iman, menjauhi maksiat serta lebih dekat dengan-Nya..

#CintaHalal

Comments