Duhai hati yang merindui cinta halal..
Bila engkau sudah rasa penat dan letihnya menagih kasih dari seorang manusia yang tidak dikenali serta belum pasti menjadi jodohmu untuk kehidupan di dunia dan akhirat..
Berhentilah seketika mencarinya.. Serahkan dia pada Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati.. Dia lebih tahu dan lebih jelas aturan perjalanan bingkisan hidup antara engkau dan dia.. Kerana apa engkau berusaha untuk mendapatkan cintanya..? Kerana dia satu dalam seribu.. Persis Zulaikha yang memburu cinta Yusuf.. Indah perasaan ini.. Ya, sungguh indah..
Disamping itu, engkau juga sudah melakukan beberapa perkara yang dirasakan perlu sebagai langkah pertama dan berwaspada agar rasa cinta ini ikhlas kerana-Nya, bukan dari bisikan hawa dan nafsu.. Meluahkan perasaan padanya sudah berkali-kali.. Menyatakan sebab engkau memilih dia sebagai calon imam dunia akhirat juga sudah..
Setahun sudah berlalu penantian ini.. Maka, engkau pilihlah jalan terakhir iaitu doa dan tawakkal.. Jika benar setiap pertemuan yang diaturkan ini adalah aturan-Nya, tanpa ada sedikit ruang-ruang maksiat lantaran perasaan ini dikawal sebaik mungkin bagi mengelakkan berkenalan atas dasar nafsu, sudah pasti Dia sudah mengaturkan sesuatu untuk kehidupan yang mendatang..
Akhir kalam, moga kita semua dalam rahmat kasih sayang Ilahi.. 💙
Love,
Norshahidah Suhaimi.
Comments
Post a Comment