Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

I HAVE MY GOALS

I have my goals ! Aku tutup pintu hati untuk orang lain.. Satu kerajaan hanya boleh memiliki seorang raja, bukan dua, bukan tiga.. Taqdir menemukan kita.. Langkah seterusnya merupakan pilihan yang perlu diambil.. Lillahi Ta'ala tak pernah terlintas untuk mencari pasangan lantaran banyak kali dikecewakan.. Ya banyak sangat.. Sampai satu tahap rasa give up dan berharap agar dikekalkan perasaan itu terhadap golongan bernama Adam.. Direnung kembali perancangan "couple" itu merupakan satu langkah yang salah.. Allah cipta manusia, haiwan secara berpasang-pasangan.. Kalau mampu kahwin, kahwin.. Kalau tak mampu tahan diri dengan puasa.. Kenapa perlu berpuasa semata-mata belum mampu untuk kahwin ? Puasa itu ertinya menahan diri.. Bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja, malah menahan diri dari melakukan perkara kejahatan, maksiat dan segala bentuk kemungkaran.. Puasa itu ada etikanya.. Puasa kalau tetap bermaksiat kena check balik hati, check balik hubungan den...

Bersangka Baik Dengan Allah 💙

Duhai hati yang merindui cinta halal.. Bila engkau sudah rasa penat dan letihnya menagih kasih dari seorang manusia yang tidak dikenali serta belum pasti menjadi jodohmu untuk kehidupan di dunia dan akhirat.. Berhentilah seketika mencarinya.. Serahkan dia pada Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati.. Dia lebih tahu dan lebih jelas aturan perjalanan bingkisan hidup antara engkau dan dia.. Kerana apa engkau berusaha untuk mendapatkan cintanya..? Kerana dia satu dalam seribu.. Persis Zulaikha yang memburu cinta Yusuf.. Indah perasaan ini.. Ya, sungguh indah.. Disamping itu, engkau juga sudah melakukan beberapa perkara yang dirasakan perlu sebagai langkah pertama dan berwaspada agar rasa cinta ini ikhlas kerana-Nya, bukan dari bisikan hawa dan nafsu.. Meluahkan perasaan padanya sudah berkali-kali.. Menyatakan sebab engkau memilih dia sebagai calon imam dunia akhirat juga sudah.. Setahun sudah berlalu penantian ini.. Maka, engkau pilihlah jalan terakhir iaitu doa dan tawakkal.. Jika ...